Mahligai Nelayanku
Cinnamon Coffee House,One World Hotel PJ

Sempena Ramadan ini, orang ramai berpeluang menikmati pelbagai juadah enak warisan negara bertemakan Mahligai Nelayanku di Cinnamon Coffee House, Hotel One World di Petaling Jaya.

Eksekutif Sous Cef, Saiful Baharin bersama barisan cef lain akan mempamerkan lebih 100 hidangan tempatan asli dan berperisa, bermula pembuka selera kepada pencuci mulut yang memberikan keenakan berganda kepada pengunjung.

Keaslian makanan dalam penyediaan bufet diberi penekanan kerana ingin memberikan peluang kepada pelanggan mengalami rasa masakan Melayu warisan negara.

Anda boleh memilih untuk menikmati kambing opor daun selum, ikan kari asam pedas, daging masak tiga rasa, ayam mandy, campuran makanan laut, daging Wellington, mentega udang harimau dengan cili padi dan daun kari.

Selepas menikmati makanan utama, pilihan pencuci mulut terdiri daripada jagung sudu dalam cawan, karamel oren mandarin, dadih epal, kek sarang semut, pengat pisang dan bubur cha cha.

Promosi Mahligai Nelayanku bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga RM140 setiap dewasa dan RM70 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun dari 19 Mei hingga 26 Mei 2017 dan RM160 dan RM80 masing-masing pada 27 Mei hingga 26 Jun 2017.

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut e-mel kepada cinnamon@ oneworldhotel.com.my.

LOKASI

MAKLUMAT TEMPAHAN

HARGA
140.0 (NETT)    70.0 (KANAK-KANAK)
PROMOSI :
PROMOSI
HUBUNGI
603 - 76811157 (NO.TELEFON)
cinnamon@oneworldhotel.com.my (EMAIL)
LAMAN WEB HOTEL
www.oneworldhotel.com.my/dine/cinnamon-coffee-house/