Bufet ala Citrawarna
Pulai Spring Resort, JB

Nikmati kemeriahan berbuka puasa tahun ini di Pulai Springs Resort yang menawarkan hidangan bufet Ramadan bertemakan ‘Bufet ala Citrawarna’. Pulai Springs Resort memberikan kelainan pada tahun ini dengan menampilkan kira-kira 100 jenis hidangan tradisional, gabungan dari 14 buah negeri di Malaysia.

Dekorasi yang bertemakan Citrawarna di restoran Gleneagles Terrace juga menjadi salah satu daya tarikan terhadap orang awam untuk berbuka puasa bersama insan tersayang di Pulai Springs Resort. Tambahan, para tetamu turut diberikan pilihan untuk berbuka puasa di luar teres restoran sambil menikmati keindahan padang golf ataupun di dalam restoran.

Hidangan Bufet ala Citrawarna yang disediakan setiap hari sepanjang bulan Ramadan bermula dari 27 Mei hingga 23 Jun 2017 adalah terdiri daripada hidangan-hidangan yang menyelerakan termasuklah pembuka selera, salad, jeruk, daging, makanan laut, barbeku, pencuci mulut, hidangan-hidangan yang pedas dan panas serta minuman-minuman sejuk dan panas. Ketua Chef Ian Lim bersama pasukan jurumasaknya juga akan menampilkan beberapa jenis masakan dari negara Barat dan Arab.

Antara menu-menu menarik yang dihidangkan semasa ‘Bufet ala Citrawarna’ adalah Sate Ayam dan Daging, Kambing Golek, Ayam Panggang dan Ikan Bakar bersama aneka sos yang terdapat disediakan di ‘Warung Bakar-Bakar’. Di samping itu, terdapat juga hidangan-hidangan lain seperti Popiah Basah, Udang Mentega, Nasi Arab, Laksa Penang, Swedish Meatball bersama Kentang Putar dan sup istimewa daripada chef iaitu Sup Power Chef yang dihidangkan bersama roti Perancis dan sambal kicap serta Sup Tulang Merah.

Selain itu, terdapat juga makanan kegemaran masyarakat tempatan seperti Asam Pedas Kota Laksamana (Melaka), Nasi Impit bersama Serunding dan Rendang, Nangka Muda Masak Lemak, Lemak Labu Manis, Gulai Ikan Tenggiri dengan Bendi, Ikan Keli Sambal Cili, Kari Ikan Masin dengan Ubi, Daging Panggang Kuah Asam ala Thai, Ayam Percik dan Daging Minangkabau. Di samping itu, terdapat juga sebuah warung yang diberi nama ‘Warung Pisang Goreng Cheese & Gorengan Bibik’ yang menyediakan pelbagai makanan yang digoreng seperti Pisang Goreng Cheese, Keledek Goreng, Popiah Goreng, Kepak Ayam Goreng, Hati Ayam, Paru Lembu dan Ginjal Ayam.

Bagi penggemar ulam-ulaman, bufet tersebut turut menyajikan pelbagai jenis ulam-ulam kampung yang disertakan dengan pelbagai jenis sambal.Tidak ketinggalan juga, Rojak Petis, Tahu Sumbat, Jeruk-jeruk Malaysia, Acar Jelantah, Keropok Udang dan Ikan serta pelbagai lagi jenis makanan.

Bufet ala Citrawarna turut menyediakan aneka pilihan pencuci mulut seperti ABC, cendol, ais krim Malaysia,, potongan-potongan buah, aneka jenis kek, teh tarik, kopi tarik serta bubur kacang hijau dan serawa bubur durian berpulut yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia serta ‘Muaji’.

Jemputlah rakan-rakan dan keluarga anda untuk menikmati kemeriahan hidangan yang disediakan dengan harga RM118 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak. Selain itu, para pengunjung juga akan menerima tawaran eksklusif iaitu dengan setiap pembelian 9 orang dewasa, percuma seorang (promosi 9 + 1) . Bukan itu sahaja, malah pelanggan yang menjamu selera pada minggu pertama bulan Ramadan iaitu daripada 27 Mei hingga 3 Jun 2017 hanya perlu membayar RM 98 untuk dewasa dan RM 49 untuk kanak-kanak. Sementara itu, bagi pelanggan yang ingin membuat pra-pembelian baucar, pelanggan boleh mendapatkan baucar tersebut dengan harga RM 93 untuk dewasa, RM 46 untuk kanak dan nikmati penjimatan sehingga RM 25 seorang. Pra-pembelian baucar ini boleh didapati daripada pihak resort bermula dari 7 April hingga 21 May 2017.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi 07-521 2121 atau e-mel enquiry@pulaisprings.com. Untuk tempahan korporat atau secara berkumpulan pula, sila hubungi pegawai Pemasaran dan Jualan di talian 07-555 4845. Para pelanggan juga boleh layari laman web kami di www.pulaisprings.com

LOKASI

MAKLUMAT TEMPAHAN

HARGA
118.0 (NETT)    59.0 (KANAK-KANAK)
PROMOSI :
PROMOSI
HUBUNGI
07-521 2121 (NO.TELEFON)
enquiry@pulaisprings.com (EMAIL)
LAMAN WEB HOTEL