Spices
Hotel Furama Bukit Bintang

Spices@Furama di Hotel Furama Bukit Bintang mempersembahkan aneka masakan tempatan yang lazat sepanjang Ramadan ini.

Bufet dengan gaya bazar, warung dan stesen masakan langsung di restoran ini akan mengetengahkan masakan Melayu dari seluruh Malaysia serta masakan Cina dan Barat.

Diketuai oleh Sous Chef Rosli Nayan, pengunjung boleh nikmati hidangan pilihan khas chef seperti kari kepala ikan dan mangga, siput sedut lemak batang keladi, sambal sotong petai, tempoyak pucuk ubi, kurma ayam, rendang udang harimau, kari daging Teluk Kemang, ketam cili Singapura, ikan merah lemak Minangkabau, ayam panggang biji bijan/lenga, pajeri 'mackerel', popiah, makanan laut panggang dan banyak lagi.

Bufet ini bermula 1 hingga 24 Jun pada harga RM98 bagi setiap orang dewasa dan RM49 untuk kanak-kanak (empat hingga 12 tahun) serta warga emas.

Selain itu, sertai cabutan bertuah pada setiap malam untuk peluang memenangi penginapan dua hari satu malam di Furama Bukit Bintang.

Jangan lupa juga mengambil swafoto di booth gambar berkonsep Melayu. Untuk tempahan, hubungi 03-27888983.

LOKASI

MAKLUMAT TEMPAHAN

HARGA
98.0 (NETT)    49.0 (KANAK-KANAK)
PROMOSI :
PROMOSI
HUBUNGI
03-27888983 (NO.TELEFON)
(EMAIL)
LAMAN WEB HOTEL
www.furama.com/bukitbintang/