Mai Pi Buka Puasa
Hotel Lexis Suite Pulau Pinang

Keindahan berbuka puasa di tepi pantai sambil menghirup angin senja menjadi tarikan utama buat pengunjung sempena bulan Ramadan Al-Mubarak di Hotel Lexis Suite Pulau Pinang.

Bermula dari 27 Mei hingga 24 Jun depan, bufet berbuka puasa yang berkonsepkan masakan kampung menampilkan pelbagai hidangan menarik setiap hari.

Pengurus Hotel, Ben Ho berkata, bufet berbuka puasa yang bertemakan Mai Pi Buka Puasa akan bermula dari jam 6.30 petang.

Menurutnya, pelbagai juadah menarik disediakan antaranya char koay teow kambing, sup gear box , ayam shawarma, kuzi kambing, asam pedas ekor lembu dan ikan panggang.

Katanya, bufet berbuka puasa pastinya tidak lengkap dengan ulaman termasuk aneka sambal, kerabu sotong, kerabu udang dan kerabu pucuk paku.

"Juadah tradisi lemang dan ketupat turut disediakan selain soto ayam, sup ketam berempah , sate ayam dan daging serta rendang.

"Untuk hidangan pencuci mulut pula pelbagai aneka kuih tempatan termasuk kuih talam, kuih lapis, kuih sago, kuih nona manis dan kuih ketayap termasuk ais krim dan ais kacang disediakan," katanya.

Ho berkata, sebagai tarikan setiap pengunjung yang hadir berpeluang memenangi cabutan bertuah dan berpeluang memenangi baucer bufet Ramadan termasuk penginapan dua hari satu malam di mana-mana rangkaian hotel rangkaian Hotel Lexis.

"Harga bagi bufet adalah RM68 bersih untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak serta warga emas.

"Turut disediakan pembelian "Early Bird' bernilai RM58 bersih untuk 1,000 pengunjung yang pertama dan potongan 15 peratus untuk tetamu yang menginap di hotel," katanya.

Ho berkata, hotel Lexis Suite Pulau Pinang turut mengadakan promosi bilik istimewa dengan harga RM340 satu malam.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 04-6282888 atau laman web rasmi di www.lexissuitespenang.com

LOKASI

MAKLUMAT TEMPAHAN

HARGA
68.0 (NETT)    40.0 (KANAK-KANAK)
PROMOSI : Early Bird' bernilai RM58 bersih untuk 1,000 pengunjung yang pertama dan potongan 15 peratus untuk tetamu yang menginap di hotel
PROMOSI
Early Bird' bernilai RM58 bersih untuk 1,000 pengunjung yang pertama dan potongan 15 peratus untuk tetamu yang menginap di hotel
HUBUNGI
04-6282888 (NO.TELEFON)
(EMAIL)
LAMAN WEB HOTEL
www.lexissuitespenang.com