Aneka selera Ramadan
Summit Hotel Subang

Aneka selera Ramadan di Summit Hotel Subang USJ

Subang: Sempena Ramadan 2017, Summit Hotel Subang USJ menawarkan baucer ‘Early Bird Promotion” pembelian sebelum 31 Mei 2017 dengan harga istimewa RM58 bersih dewasa/RM35 bersih kanak-kanak berbanding harga asal adalah RM88 bersih seorang.

Pihak hotel turut menawarkan pelbagai juadah dalam tema “Aneka Citarasa Ramadan” untuk dinikmati bersama teman dan keluarga tersayang.

Promosi bufet Ramadan ini akan berlangsung dari 29 Mei hingga 22 Jun 2017.

Di bawah pimpinan Chef Sakya yang berpengalaman selama 26 tahun dalam bidang masakan berserta kumpulan kulinari Summit Hotel Subang USJ akan mempamerkan kepakaran dan pengalaman mereka dalam menyediakan 200 jenis sajian bufet berbuka puasa.

Dengan bufet yang menepati citarasa, Summit Hotel Subang USJ menyediakan hidangan berbuka puasa dengan mengutarakan pelbagai masakan Melayu asli berserta sajian tradisional seperti juadah kesukaan ramai iaitu kambing panggang, nasi kambing, gulai kawah, aneka sup, pulut mangga, pulut serawa durian, aneka jenis kerabu, sambal dan pelbagai juadah pencuci mulut yang pasti menepati selera semua.

Tidak ketinggalan, hidangan bufet ini turut menyediakan Roti Jala, “BBQ chicken Mongolia” di samping hidangan makanan panas bergoreng yang mengetengahkan rasa resipi tradisional dan antarabangsa.

Summit Hotel Subang USJ juga turut menawarkan promosi harga bilik istimewa pada kadar RM188 bersih termasuk sahur di sepanjang Ramadan ini.

Pihak Hotel juga bersedia menerima tempahan berkumpulan dan majlis persendirian di sepanjang bulan Ramadan.

Hidangan popular ini sudah tentunya menjadi tarikan kepada semua masyarakat kota yang menggemari masakan tradisional yang pastinya menggamit memori dan nostalgia desa.

Untuk tempahan sila hubungi Summit Hotel Subang USJ di talian +603-8023 3000 Ext 3021 atau layari laman sesawang di www.summithotelusj.com.

LOKASI

MAKLUMAT TEMPAHAN

HARGA
58.0 (NETT)    35.0 (KANAK-KANAK)
PROMOSI :
PROMOSI
HUBUNGI
+603-8023 3000 Ext 3021 (NO.TELEFON)
(EMAIL)
LAMAN WEB HOTEL
www.summithotelusj.com