Ramadhan Buffet
PNB Perdana Hotel & Suites On The Park

Ramadan ini, PNB Perdana Hotel & Suites On The Park menyediakan aneka sajian menu klasik dan masakan antarabangsa di dua pilihan lokasi yang berbeza iaitu di The 39 Restaurant serta Restoran 10 Binjai.

Istimewanya di The 39 Restaurant ini, pengunjung dapat melihat sendiri panorama indah Kuala Lumpur di tingkat 39 sambil dibuai alunan muzik lemah gemalai.

Bufet Ramadan di The 39 Restaurant menyajikan masakan kampung klasik seperti siput sedut masak lemak cili api, asam pedas telur ikan, kari kepala ikan jenahak, udang galah masak lemak, ikan bakar, kambing bakar Bentong, tiram segar dan sup gearbox.

Chef Eksekutifnya, Abdul Rashid Hashim berkata, terdapat lebih 100 sajian dihidangkan.

"Hidangan di The 39 Restaurant lebih premium dan eksklusif manakala di Restoran 10 Binjai, ia berkonsep gerai atau bazar.

"Semua menu kali ini adalah bertepatan dengan selera orang kita dan banyak menggunakan rempah ratus asli tempatan," katanya.

Sementara itu, Restoran 10 Binjai memperlihatkan seleksi rangkaian masakan berkonsepkan ala kampung, seperti anak menikmati hidangan di kampung yang dihidangkan ibu tercinta.

Pilihan menu yang disediakan di sini, antaranya paru goreng berlada, ayam masak lemak cili api, pucuk manis dan keledek serta tenggiri masak lemak.

Pakej harga bufet di The 39 Restaurant ialah RM123 bagi dewasa dan RM61.50 bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun manakala di Restoran 10 Binjai pula RM80 untuk dewasa dan RM40 kanak-kanak.

Bufet disediakan bermula 29 Mei hingga 24 Jun ini. Hubungi 03-74903939 (The 39 Restaurant) dan 03-74903838 (Restoran 10 Binjai) untuk membuat tempahan atau pertanyaan.

Layari http://www.pnbperdanaonthepark.com/ untuk maklumat lanjut.

LOKASI

MAKLUMAT TEMPAHAN

HARGA
123.0 (NETT)    61.5 (KANAK-KANAK)
PROMOSI :
PROMOSI
HUBUNGI
03-74903939 (The 39 Restaurant 03-74903838 (Restoran 10 Binjai) (NO.TELEFON)
(EMAIL)
LAMAN WEB HOTEL
www.pnbperdanaonthepark.com